Pengikut

Khamis, 28 Februari 2013






KHAMIS, 29 SEPTEMBER 2011


NOSTALGIA AZNIL: CINTA KU TAK KESAMPAIAN


Kisah romantika hidup Aznil Haji Nawawi yang disiarkan di myartis sekitar tahun 2004. Ketika ini, Aznil belum lagi menjadi pengacara paling hot dan meletup seperti sekarang. Hanya beberapa ketika selepas cerita ini diketengahkan, nama Aznil tiba-tiba memuncak apabila dia mendapat tawaran menjadi pengacara Akademi Fantasia dari Astro.




Masih wujudkah cinta antara dua darjat di zaman serba moden ini? Jika anda katakan tidak, sebenarnya anda salah. Darjat dan kedudukan sebenarnya masih tetap menjadi ukuran tidak kira semoden mana sesuatu bangsa itu.

Sebab itulah filem-filem P.Ramlee dan Hindustan masih mendapat tempat di hati peminat disebabkan kebanyakkan ceritanya yang bersangkut-paut dengan darjat. Kerana selagi kita bergelar manusia, maka pastinya kita tidak dapat lari daripada perasaan tamak, iri hati, bangga diri dan sebagainya.

Cerita yang sama sebenarnya turut dialami oleh pelakon, penyanyi dan pengacara paling popular 2003 Aznil Haji Nawawi. Cinta sucinya terhadap seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai ‘A’ terkandas ditengah jalan.


Semuanya dakwa Aznil berpunca daripada kedudukannya sebagai penghibur, manakala keluarga gadis tersebut merupakan golongan elit yang berada. Disebabkan maruah, hasrat mereka untuk mendirikan mahligai bahagia telah terhalang dan ia terpaksa dipendamkan begitu sahaja.

“Sebenarnya saya telah berkawan dengan ‘A’ agak lama iaitu kira-kira lima tahun. Bila saya ketengahkan perkara ini pada keluarganya, mereka menghalang hubungan tersebut hanya disebabkan saya ni duda dan juga seorang artis,” ujar Aznil memulakan bicara.

“Malah melihat penerimaan keluarga mereka, saya rasa macam dah serik untuk bertemu dengan mereka lagi. Bagi saya, biarlah kami berkawan sahaja buat sementara waktu. Apa yang perlu sekarang ialah kasih sayang dan bukannya seks. Malah tujuan kami untuk berkahwinpun bukanlah bersandarkan seks atau zuriat semata-mata... tapi cinta.

“Lagipun, dia dah agak berumur dan memang memerlukan seorang teman. Meskipun kami tidak dapat menjadi suami isteri buat masa ini, tetapi kami akan tetap sayang menyayangi antara satu sama lain.

“Sebenarnya, bukan saya yang membuat dia menunggu, tetapi dia sendiri yang sanggup menunggu saya. Katanya dia faham yang ibu bapanya menentang hubungan kami dan dia akan tetap setia pada saya sampai bila-bila.

“Bagi saya sendiri pula, tak mengapa jika keluarganya menentang buat masa ini. Satu hari nanti, mereka pasti akan dapat melihat kejujuran saya. Hayat merekapun bukannya lama (bukanlah kita doakan mereka cepat mati), tapi sementara mereka masih hidup kita patut hormati perasaan mereka. Paling penting, jangan sesekali jadi anak yang derhaka!

“Bagaimanapun, sekiranya mereka dah tak ada nanti, terpulanglah pada ‘A’ untuk membuat keputusan. Maknanya, kita lalui kehidupan ini dengan tabah kerana apa yang kita perlukan antara satu sama lain ialah kasih sayang sebelum menjelangnya hari tua.

“Nak kahwin lari...? Eee itu semua kerja bodoh namanya. Biarlah bagi orang lain ia kerja pandai, tapi bagi saya ia sesuatu yang paling bodoh!

“Bukan apa, kalau saya buat macam tu ia sudah melanggar prinsip hidup hidup saya. Selain itu, saya juga sudah tidak menghormati bakal keluarga isteri saya yang bersusah-payah membesarkan anak mereka.

“Dalam hal ini, saya tak mahu melakukan sesuatu yang terlarang hanya disebabkan nafsu. Biarlah saya begini iaitu hidup bahagia bersama anak-anak dan sahabat baik. Yang penting, saya tidak mencari masalah dalam hidup ini.

“Biarlah orang nak kata apa, memang saya tak kisah sebab saya dah ada zuriat. Orang berkahwin memang tujuannya nak ada zuriat... tapi bagi saya semuanya dah ada dan kehendak batiniah sayapun dah berkurangan sekarang.

“Mungkin ia berkurangan disebabkan saya memenuhi masa dengan pelbagai kerja seperti mengacara, berlakon dan menyanyi. Kadangkala tu, saya juga ada membuat beberapa kerja amal tanpa mengenakan sebarang bayaran terutamanya yang melibatkan anak-anak yatim. Dengan cara itu, ia sebenarnya telah memenuhi kehidupan saya.

“Itu bagi pihak keluarga ‘A’, tapi bagi pihak keluarga saya sendiri... mereka tak pernah menentang pilihan saya. Keluarga saya semuanya open minded dan memberi sepenuh kebebasan untuk saya memilih jalan hidup yang saya rasakan baik. Malah segala keputusan saya untuk berkahwin, bercerai atau menceraikan tidak pernah mereka masuk campur,” ujarnya.

Bercakap tentang imej pula, menurut Aznil dia faham yang ramai peminat keliru dengan penampilannya sekarang yang tidak lagi gila-gila. Semua itu katanya adalah berdasarkan konsep rancangan yang berbentuk elit yang memerlukannya membuat sesuatu yang baru dan serius.

“Lagipun usia saya kini sudah menjangkau 40 tahun. Jadi saya kenalah sesuaikan diri dengan perkembangan semasa kerana selama inipun saya sudah buat pelbagai kerja seperti membaca berita, mengacara dan sebagainya.

“Sebab itu saya kini telah membuka sebuah kelas pengacaraan pada sesiapa yang berminat menjadi pengacara. Kalau boleh, saya nak curahkan segala ilmu yang ada pada mereka agar kita dapat melahirkan pengacara yang berilmu dimasa depan,” jelasnya.

SUMBER

Read more: http://myartis-nostalgia.blogspot.com/2011/09/nostalgia-aznil-cinta-ku-tak-kesampaian.html#ixzz2M7bDEuTu




Tiada ulasan: