Pengikut

Khamis, 28 Februari 2013






KHAMIS, 29 SEPTEMBER 2011


NOSTALGIA AZNIL: CINTA KU TAK KESAMPAIAN


Kisah romantika hidup Aznil Haji Nawawi yang disiarkan di myartis sekitar tahun 2004. Ketika ini, Aznil belum lagi menjadi pengacara paling hot dan meletup seperti sekarang. Hanya beberapa ketika selepas cerita ini diketengahkan, nama Aznil tiba-tiba memuncak apabila dia mendapat tawaran menjadi pengacara Akademi Fantasia dari Astro.




Masih wujudkah cinta antara dua darjat di zaman serba moden ini? Jika anda katakan tidak, sebenarnya anda salah. Darjat dan kedudukan sebenarnya masih tetap menjadi ukuran tidak kira semoden mana sesuatu bangsa itu.

Sebab itulah filem-filem P.Ramlee dan Hindustan masih mendapat tempat di hati peminat disebabkan kebanyakkan ceritanya yang bersangkut-paut dengan darjat. Kerana selagi kita bergelar manusia, maka pastinya kita tidak dapat lari daripada perasaan tamak, iri hati, bangga diri dan sebagainya.

Cerita yang sama sebenarnya turut dialami oleh pelakon, penyanyi dan pengacara paling popular 2003 Aznil Haji Nawawi. Cinta sucinya terhadap seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai ‘A’ terkandas ditengah jalan.


Semuanya dakwa Aznil berpunca daripada kedudukannya sebagai penghibur, manakala keluarga gadis tersebut merupakan golongan elit yang berada. Disebabkan maruah, hasrat mereka untuk mendirikan mahligai bahagia telah terhalang dan ia terpaksa dipendamkan begitu sahaja.

“Sebenarnya saya telah berkawan dengan ‘A’ agak lama iaitu kira-kira lima tahun. Bila saya ketengahkan perkara ini pada keluarganya, mereka menghalang hubungan tersebut hanya disebabkan saya ni duda dan juga seorang artis,” ujar Aznil memulakan bicara.

“Malah melihat penerimaan keluarga mereka, saya rasa macam dah serik untuk bertemu dengan mereka lagi. Bagi saya, biarlah kami berkawan sahaja buat sementara waktu. Apa yang perlu sekarang ialah kasih sayang dan bukannya seks. Malah tujuan kami untuk berkahwinpun bukanlah bersandarkan seks atau zuriat semata-mata... tapi cinta.

“Lagipun, dia dah agak berumur dan memang memerlukan seorang teman. Meskipun kami tidak dapat menjadi suami isteri buat masa ini, tetapi kami akan tetap sayang menyayangi antara satu sama lain.

“Sebenarnya, bukan saya yang membuat dia menunggu, tetapi dia sendiri yang sanggup menunggu saya. Katanya dia faham yang ibu bapanya menentang hubungan kami dan dia akan tetap setia pada saya sampai bila-bila.

“Bagi saya sendiri pula, tak mengapa jika keluarganya menentang buat masa ini. Satu hari nanti, mereka pasti akan dapat melihat kejujuran saya. Hayat merekapun bukannya lama (bukanlah kita doakan mereka cepat mati), tapi sementara mereka masih hidup kita patut hormati perasaan mereka. Paling penting, jangan sesekali jadi anak yang derhaka!

“Bagaimanapun, sekiranya mereka dah tak ada nanti, terpulanglah pada ‘A’ untuk membuat keputusan. Maknanya, kita lalui kehidupan ini dengan tabah kerana apa yang kita perlukan antara satu sama lain ialah kasih sayang sebelum menjelangnya hari tua.

“Nak kahwin lari...? Eee itu semua kerja bodoh namanya. Biarlah bagi orang lain ia kerja pandai, tapi bagi saya ia sesuatu yang paling bodoh!

“Bukan apa, kalau saya buat macam tu ia sudah melanggar prinsip hidup hidup saya. Selain itu, saya juga sudah tidak menghormati bakal keluarga isteri saya yang bersusah-payah membesarkan anak mereka.

“Dalam hal ini, saya tak mahu melakukan sesuatu yang terlarang hanya disebabkan nafsu. Biarlah saya begini iaitu hidup bahagia bersama anak-anak dan sahabat baik. Yang penting, saya tidak mencari masalah dalam hidup ini.

“Biarlah orang nak kata apa, memang saya tak kisah sebab saya dah ada zuriat. Orang berkahwin memang tujuannya nak ada zuriat... tapi bagi saya semuanya dah ada dan kehendak batiniah sayapun dah berkurangan sekarang.

“Mungkin ia berkurangan disebabkan saya memenuhi masa dengan pelbagai kerja seperti mengacara, berlakon dan menyanyi. Kadangkala tu, saya juga ada membuat beberapa kerja amal tanpa mengenakan sebarang bayaran terutamanya yang melibatkan anak-anak yatim. Dengan cara itu, ia sebenarnya telah memenuhi kehidupan saya.

“Itu bagi pihak keluarga ‘A’, tapi bagi pihak keluarga saya sendiri... mereka tak pernah menentang pilihan saya. Keluarga saya semuanya open minded dan memberi sepenuh kebebasan untuk saya memilih jalan hidup yang saya rasakan baik. Malah segala keputusan saya untuk berkahwin, bercerai atau menceraikan tidak pernah mereka masuk campur,” ujarnya.

Bercakap tentang imej pula, menurut Aznil dia faham yang ramai peminat keliru dengan penampilannya sekarang yang tidak lagi gila-gila. Semua itu katanya adalah berdasarkan konsep rancangan yang berbentuk elit yang memerlukannya membuat sesuatu yang baru dan serius.

“Lagipun usia saya kini sudah menjangkau 40 tahun. Jadi saya kenalah sesuaikan diri dengan perkembangan semasa kerana selama inipun saya sudah buat pelbagai kerja seperti membaca berita, mengacara dan sebagainya.

“Sebab itu saya kini telah membuka sebuah kelas pengacaraan pada sesiapa yang berminat menjadi pengacara. Kalau boleh, saya nak curahkan segala ilmu yang ada pada mereka agar kita dapat melahirkan pengacara yang berilmu dimasa depan,” jelasnya.

SUMBER

Read more: http://myartis-nostalgia.blogspot.com/2011/09/nostalgia-aznil-cinta-ku-tak-kesampaian.html#ixzz2M7bDEuTu




Rabu, 27 Februari 2013

Nasib bayi khinzir...hasil penyatuan sperma manusia dan khinzir







Kebelakangan ini kita selalu dikejutkan dengan lahirnya bayi-bayi yang pelik, terlebih dan terkurang sifat juga bayi yang sebahagian tubuhnya adalah binatang. Tapi boleh dikatakan mereka-mereka ini tidak panjang umurnya di dunia ini.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini bagaimana kerana kebingungan segelintir manusia yang dah takde kerja lain, cuba menyatukan sperma manusia dan khinzir untuk melahirkan spesis manusia kinzir. Manusia jenis ini yang Allah kurniakan ilmu dan pengetahuan jugalah yang merosakkan umat manusia. Nauzubillah.

Dan ini telah pun berlaku di Ukraine. 



Isnin, 25 Februari 2013

Biar Betul! 42 Magnet Dalam Perut Seorang Bayi 16 Bulan







Biar Betul! 42 Magnet Dalam Perut Seorang Bayi 16 Bulan | Seorang ibu terkejut apabila mendapati dalamperut anaknya itu terdapat 42 ketul magnet yang diketahui melalui imbasan. Imbasan itu dilakukan berikutan apabila ibunya melihat magnet di peti aisnya hilang dan mengesyaki sesuatu yang buruk. KisahBest.Mydifahamkan, tindakan pantas ibunya membawa bayi tersebut ke hospital dapat menyelamatkan nyawa anaknya.

magnet2


Moscow: Seorang ibu terkejut apabila menyedari anak lelakinya yang berusia 16 bulan menelan puluhan magnet peti sejuk.
Kejadian berlaku selepas wanita itu meninggalkan kanak-kanak itu buat seketika di dalam bilik.
Menyedari sesuatu yang buruk berlaku, dia mengejarkan anak lelakinya itu ke sebuah klinik.
Doktor yang menjalankan ujian imbasan terkejut apabila apabila melihat lingkaran 42 magnet kecil berada dalam perut kanak-kanak itu.
magnet1
Dia kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan serta merta.
“Kanak-kanak itu berada bersendirian bersama-sama magnet itu. Ibunya menyedari magnet itu hilang dan mengesyaki anaknya menelannya,” kata jurucakap klinik.
Ketua pakar bedah pediatrik, Nikolay Rostovtsev yang menjalankan pembedahan itu berkata: “Selama ini saya perlu mengeluarkan pelbagai bahan dari tubuh berbeza termasuk magnet dari tubuh pesakit kanak-kanak.
“Pernah sekali saya mengeluarkan 20 magnet, tetapi insiden pesakit cilik ini memecahkan rekod,” katanya. 




Ngeri! Haiwan Pelik Seperti Makhluk Asing Ditemui






Ngeri! Haiwan Pelik Seperti Makhluk Asing Ditemui | Mungkin agak mengerikan bagi sesiapa yang melihat gambar ini. Ia tidak ubah seperti makhluk asing yang seolah-olah digambar seperti dalam watak Ultraman. Namun mengikut kajian yang dijalankan, ia sebenarnya adalah spesis haiwan yang dikenali sebagai belut.KisahBest.My difahamkan, gambar ini telah tersebar di seluruh dunia dan menganggap makhluk asing pada awalnya.

belut


NEW YORK – Seekor haiwan ganjil yang disangka sebagai makhluk asing oleh para pengguna internet selepas ia disiarkan di laman Reddit sebenarnya ialah spesies haiwan seperti belut.
Menurut laman GrindTV.com, seorang jurucakap Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar New York menyatakan, berdasarkan saiz pada gambar di laman itu, haiwan tersebut ialah lamprei.
Imej itu juga disiarkan di laman YouTube semalam yang dtangkap di New Jersey. Menurut jabatan berkenaan, lamprei juga tidak mempunyai tulang dan mulutnya dipenuhi dengan barisan gigi yang jarang.
Gambar tersebut menunjukkan haiwan itu ditusuk dan darah keluar daripada badannya. – Agensi





Ahad, 24 Februari 2013

Ngeri! Bapa Belasah Anak Kecil Bertalu-Talu (Panas!)







Ngeri! Bapa Belasah Anak Kecil Bertalu-Talu (Panas!) | Belum reda lagi dengan isu amah yang mendera seorang bayi dengan cara melambung, kita tersebar pula sebuah video yang memaparkan aksi ngeri. Aksi ngeri ini bukanlah melibatkan pergaduhan, tetapi tentang sikap seorang bapa yang sedang menerajanganak kecil secara bertalu-talu. Kejadian ini telah berjaya dirakamkan kerana ia berlaku di depan khalayak umum. Boleh tonton video di atas.

belasah1

belasah2

 Entahla nak kata bersyukur ke tidak, tapi kejadian ini tidak berlaku di Malaysia.

Ia dipercayai berlaku di China.

Namun, sebagai manusia dan seorang bapa, penulis tidak sanggup melihat apa yang lelaki dalam klip ni buat kepada seorang kanak-kanak yang mungkin anaknya tidak kira di mana pun ia berlaku.

Apakah nasib budak tu kan? Kalau macam ni punya gaya layanan, entah dia sempat nak membesar tengok dunia atau ….

Budak tu jalan pun tak larat mungkin sebab dah didera berkali-kali sebelum itu atau terlalu penat. Mungkin jugak dia bermanja…budak kan…standard la.

Kalau hendak kata mendidik anak pun, bukan begitulah caranya.

Harap kerajaan China mengesan lelaki dalam klip di bawah dan mengambil tindakan.

Cara perempuan baju pink itu yang mencubit telingga tu dan mengheretnya pun tak kurang sengal jugak.






LINTAH TERBESAR DI MALAYSIA DITEMUI!!!









 Lintah Terbesar Di Malaysia Ditemui?... Lokasi Kejadian Semasa Banjir Di Satu Di Perak.. Gambar Nie Real..Bukan photoshop tau! Tengok Bayang-Bayang Kat Air Tue Pun Dah Tahu... Agak-Agak Berapa Kilo Darah Agaknya Lintah Nie Isap Yer !!!!
::.kikiki.::









Gempar! Tanah Runtuh Di Banglo Mewah Setiawangsa | Semalam kita dikejutkan dengan kejadian tanahruntuh di kawasan banglo mewah di Setiawangsa. Kejadian ini berlaku dalam sekelip mata sahaja. Bagaimanapun tiada sebarang laporan kematian dicatatkan. KisahBest.My sempat menonton berita sebentar tadi, difahamkan banglo di bahagian tebing berkemungkinan akan dirobohkan dan dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Tetapi keputusan belum diputuskan lagi. Boleh lihat gambar di bawah ini.

tanah runtuh2


Malam semalam kejadian tanah runtuh telah berlaku di Setiawangsa dan sehubungan dengan itu 88 penghuni kediaman termasuk 30 pemilik banglo mewah dan 18 penghuni rumah kedai di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur, diarahkan berpindah .
Menurut laporan terdapat pergerakan tanah di kawasan itu dan ia disahkan oleh Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM).
tanah runtuh1
Antara Banglo mewah yang terjejas adalah milik  dua Ahli Parlimen iaitu Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis. Banglo mereka dikatakan mengalami rekahan tanah.


Runtuhan di Setiawangsa 88 termasuk 30 pemilik banglo diarah pindah
Antara rumah yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di Taman Puncak Setiawangsa, hari ini.