Pengikut

Khamis, 28 Februari 2013






KHAMIS, 29 SEPTEMBER 2011


NOSTALGIA AZNIL: CINTA KU TAK KESAMPAIAN


Kisah romantika hidup Aznil Haji Nawawi yang disiarkan di myartis sekitar tahun 2004. Ketika ini, Aznil belum lagi menjadi pengacara paling hot dan meletup seperti sekarang. Hanya beberapa ketika selepas cerita ini diketengahkan, nama Aznil tiba-tiba memuncak apabila dia mendapat tawaran menjadi pengacara Akademi Fantasia dari Astro.




Masih wujudkah cinta antara dua darjat di zaman serba moden ini? Jika anda katakan tidak, sebenarnya anda salah. Darjat dan kedudukan sebenarnya masih tetap menjadi ukuran tidak kira semoden mana sesuatu bangsa itu.

Sebab itulah filem-filem P.Ramlee dan Hindustan masih mendapat tempat di hati peminat disebabkan kebanyakkan ceritanya yang bersangkut-paut dengan darjat. Kerana selagi kita bergelar manusia, maka pastinya kita tidak dapat lari daripada perasaan tamak, iri hati, bangga diri dan sebagainya.

Cerita yang sama sebenarnya turut dialami oleh pelakon, penyanyi dan pengacara paling popular 2003 Aznil Haji Nawawi. Cinta sucinya terhadap seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai ‘A’ terkandas ditengah jalan.


Semuanya dakwa Aznil berpunca daripada kedudukannya sebagai penghibur, manakala keluarga gadis tersebut merupakan golongan elit yang berada. Disebabkan maruah, hasrat mereka untuk mendirikan mahligai bahagia telah terhalang dan ia terpaksa dipendamkan begitu sahaja.

“Sebenarnya saya telah berkawan dengan ‘A’ agak lama iaitu kira-kira lima tahun. Bila saya ketengahkan perkara ini pada keluarganya, mereka menghalang hubungan tersebut hanya disebabkan saya ni duda dan juga seorang artis,” ujar Aznil memulakan bicara.

“Malah melihat penerimaan keluarga mereka, saya rasa macam dah serik untuk bertemu dengan mereka lagi. Bagi saya, biarlah kami berkawan sahaja buat sementara waktu. Apa yang perlu sekarang ialah kasih sayang dan bukannya seks. Malah tujuan kami untuk berkahwinpun bukanlah bersandarkan seks atau zuriat semata-mata... tapi cinta.

“Lagipun, dia dah agak berumur dan memang memerlukan seorang teman. Meskipun kami tidak dapat menjadi suami isteri buat masa ini, tetapi kami akan tetap sayang menyayangi antara satu sama lain.

“Sebenarnya, bukan saya yang membuat dia menunggu, tetapi dia sendiri yang sanggup menunggu saya. Katanya dia faham yang ibu bapanya menentang hubungan kami dan dia akan tetap setia pada saya sampai bila-bila.

“Bagi saya sendiri pula, tak mengapa jika keluarganya menentang buat masa ini. Satu hari nanti, mereka pasti akan dapat melihat kejujuran saya. Hayat merekapun bukannya lama (bukanlah kita doakan mereka cepat mati), tapi sementara mereka masih hidup kita patut hormati perasaan mereka. Paling penting, jangan sesekali jadi anak yang derhaka!

“Bagaimanapun, sekiranya mereka dah tak ada nanti, terpulanglah pada ‘A’ untuk membuat keputusan. Maknanya, kita lalui kehidupan ini dengan tabah kerana apa yang kita perlukan antara satu sama lain ialah kasih sayang sebelum menjelangnya hari tua.

“Nak kahwin lari...? Eee itu semua kerja bodoh namanya. Biarlah bagi orang lain ia kerja pandai, tapi bagi saya ia sesuatu yang paling bodoh!

“Bukan apa, kalau saya buat macam tu ia sudah melanggar prinsip hidup hidup saya. Selain itu, saya juga sudah tidak menghormati bakal keluarga isteri saya yang bersusah-payah membesarkan anak mereka.

“Dalam hal ini, saya tak mahu melakukan sesuatu yang terlarang hanya disebabkan nafsu. Biarlah saya begini iaitu hidup bahagia bersama anak-anak dan sahabat baik. Yang penting, saya tidak mencari masalah dalam hidup ini.

“Biarlah orang nak kata apa, memang saya tak kisah sebab saya dah ada zuriat. Orang berkahwin memang tujuannya nak ada zuriat... tapi bagi saya semuanya dah ada dan kehendak batiniah sayapun dah berkurangan sekarang.

“Mungkin ia berkurangan disebabkan saya memenuhi masa dengan pelbagai kerja seperti mengacara, berlakon dan menyanyi. Kadangkala tu, saya juga ada membuat beberapa kerja amal tanpa mengenakan sebarang bayaran terutamanya yang melibatkan anak-anak yatim. Dengan cara itu, ia sebenarnya telah memenuhi kehidupan saya.

“Itu bagi pihak keluarga ‘A’, tapi bagi pihak keluarga saya sendiri... mereka tak pernah menentang pilihan saya. Keluarga saya semuanya open minded dan memberi sepenuh kebebasan untuk saya memilih jalan hidup yang saya rasakan baik. Malah segala keputusan saya untuk berkahwin, bercerai atau menceraikan tidak pernah mereka masuk campur,” ujarnya.

Bercakap tentang imej pula, menurut Aznil dia faham yang ramai peminat keliru dengan penampilannya sekarang yang tidak lagi gila-gila. Semua itu katanya adalah berdasarkan konsep rancangan yang berbentuk elit yang memerlukannya membuat sesuatu yang baru dan serius.

“Lagipun usia saya kini sudah menjangkau 40 tahun. Jadi saya kenalah sesuaikan diri dengan perkembangan semasa kerana selama inipun saya sudah buat pelbagai kerja seperti membaca berita, mengacara dan sebagainya.

“Sebab itu saya kini telah membuka sebuah kelas pengacaraan pada sesiapa yang berminat menjadi pengacara. Kalau boleh, saya nak curahkan segala ilmu yang ada pada mereka agar kita dapat melahirkan pengacara yang berilmu dimasa depan,” jelasnya.

SUMBER

Read more: http://myartis-nostalgia.blogspot.com/2011/09/nostalgia-aznil-cinta-ku-tak-kesampaian.html#ixzz2M7bDEuTu




Rabu, 27 Februari 2013

Nasib bayi khinzir...hasil penyatuan sperma manusia dan khinzir







Kebelakangan ini kita selalu dikejutkan dengan lahirnya bayi-bayi yang pelik, terlebih dan terkurang sifat juga bayi yang sebahagian tubuhnya adalah binatang. Tapi boleh dikatakan mereka-mereka ini tidak panjang umurnya di dunia ini.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini bagaimana kerana kebingungan segelintir manusia yang dah takde kerja lain, cuba menyatukan sperma manusia dan khinzir untuk melahirkan spesis manusia kinzir. Manusia jenis ini yang Allah kurniakan ilmu dan pengetahuan jugalah yang merosakkan umat manusia. Nauzubillah.

Dan ini telah pun berlaku di Ukraine. 



Isnin, 25 Februari 2013

Biar Betul! 42 Magnet Dalam Perut Seorang Bayi 16 Bulan







Biar Betul! 42 Magnet Dalam Perut Seorang Bayi 16 Bulan | Seorang ibu terkejut apabila mendapati dalamperut anaknya itu terdapat 42 ketul magnet yang diketahui melalui imbasan. Imbasan itu dilakukan berikutan apabila ibunya melihat magnet di peti aisnya hilang dan mengesyaki sesuatu yang buruk. KisahBest.Mydifahamkan, tindakan pantas ibunya membawa bayi tersebut ke hospital dapat menyelamatkan nyawa anaknya.

magnet2


Moscow: Seorang ibu terkejut apabila menyedari anak lelakinya yang berusia 16 bulan menelan puluhan magnet peti sejuk.
Kejadian berlaku selepas wanita itu meninggalkan kanak-kanak itu buat seketika di dalam bilik.
Menyedari sesuatu yang buruk berlaku, dia mengejarkan anak lelakinya itu ke sebuah klinik.
Doktor yang menjalankan ujian imbasan terkejut apabila apabila melihat lingkaran 42 magnet kecil berada dalam perut kanak-kanak itu.
magnet1
Dia kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan serta merta.
“Kanak-kanak itu berada bersendirian bersama-sama magnet itu. Ibunya menyedari magnet itu hilang dan mengesyaki anaknya menelannya,” kata jurucakap klinik.
Ketua pakar bedah pediatrik, Nikolay Rostovtsev yang menjalankan pembedahan itu berkata: “Selama ini saya perlu mengeluarkan pelbagai bahan dari tubuh berbeza termasuk magnet dari tubuh pesakit kanak-kanak.
“Pernah sekali saya mengeluarkan 20 magnet, tetapi insiden pesakit cilik ini memecahkan rekod,” katanya. 




Ngeri! Haiwan Pelik Seperti Makhluk Asing Ditemui






Ngeri! Haiwan Pelik Seperti Makhluk Asing Ditemui | Mungkin agak mengerikan bagi sesiapa yang melihat gambar ini. Ia tidak ubah seperti makhluk asing yang seolah-olah digambar seperti dalam watak Ultraman. Namun mengikut kajian yang dijalankan, ia sebenarnya adalah spesis haiwan yang dikenali sebagai belut.KisahBest.My difahamkan, gambar ini telah tersebar di seluruh dunia dan menganggap makhluk asing pada awalnya.

belut


NEW YORK – Seekor haiwan ganjil yang disangka sebagai makhluk asing oleh para pengguna internet selepas ia disiarkan di laman Reddit sebenarnya ialah spesies haiwan seperti belut.
Menurut laman GrindTV.com, seorang jurucakap Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar New York menyatakan, berdasarkan saiz pada gambar di laman itu, haiwan tersebut ialah lamprei.
Imej itu juga disiarkan di laman YouTube semalam yang dtangkap di New Jersey. Menurut jabatan berkenaan, lamprei juga tidak mempunyai tulang dan mulutnya dipenuhi dengan barisan gigi yang jarang.
Gambar tersebut menunjukkan haiwan itu ditusuk dan darah keluar daripada badannya. – Agensi





Ahad, 24 Februari 2013

Ngeri! Bapa Belasah Anak Kecil Bertalu-Talu (Panas!)







Ngeri! Bapa Belasah Anak Kecil Bertalu-Talu (Panas!) | Belum reda lagi dengan isu amah yang mendera seorang bayi dengan cara melambung, kita tersebar pula sebuah video yang memaparkan aksi ngeri. Aksi ngeri ini bukanlah melibatkan pergaduhan, tetapi tentang sikap seorang bapa yang sedang menerajanganak kecil secara bertalu-talu. Kejadian ini telah berjaya dirakamkan kerana ia berlaku di depan khalayak umum. Boleh tonton video di atas.

belasah1

belasah2

 Entahla nak kata bersyukur ke tidak, tapi kejadian ini tidak berlaku di Malaysia.

Ia dipercayai berlaku di China.

Namun, sebagai manusia dan seorang bapa, penulis tidak sanggup melihat apa yang lelaki dalam klip ni buat kepada seorang kanak-kanak yang mungkin anaknya tidak kira di mana pun ia berlaku.

Apakah nasib budak tu kan? Kalau macam ni punya gaya layanan, entah dia sempat nak membesar tengok dunia atau ….

Budak tu jalan pun tak larat mungkin sebab dah didera berkali-kali sebelum itu atau terlalu penat. Mungkin jugak dia bermanja…budak kan…standard la.

Kalau hendak kata mendidik anak pun, bukan begitulah caranya.

Harap kerajaan China mengesan lelaki dalam klip di bawah dan mengambil tindakan.

Cara perempuan baju pink itu yang mencubit telingga tu dan mengheretnya pun tak kurang sengal jugak.






LINTAH TERBESAR DI MALAYSIA DITEMUI!!!









 Lintah Terbesar Di Malaysia Ditemui?... Lokasi Kejadian Semasa Banjir Di Satu Di Perak.. Gambar Nie Real..Bukan photoshop tau! Tengok Bayang-Bayang Kat Air Tue Pun Dah Tahu... Agak-Agak Berapa Kilo Darah Agaknya Lintah Nie Isap Yer !!!!
::.kikiki.::









Gempar! Tanah Runtuh Di Banglo Mewah Setiawangsa | Semalam kita dikejutkan dengan kejadian tanahruntuh di kawasan banglo mewah di Setiawangsa. Kejadian ini berlaku dalam sekelip mata sahaja. Bagaimanapun tiada sebarang laporan kematian dicatatkan. KisahBest.My sempat menonton berita sebentar tadi, difahamkan banglo di bahagian tebing berkemungkinan akan dirobohkan dan dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Tetapi keputusan belum diputuskan lagi. Boleh lihat gambar di bawah ini.

tanah runtuh2


Malam semalam kejadian tanah runtuh telah berlaku di Setiawangsa dan sehubungan dengan itu 88 penghuni kediaman termasuk 30 pemilik banglo mewah dan 18 penghuni rumah kedai di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur, diarahkan berpindah .
Menurut laporan terdapat pergerakan tanah di kawasan itu dan ia disahkan oleh Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM).
tanah runtuh1
Antara Banglo mewah yang terjejas adalah milik  dua Ahli Parlimen iaitu Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis. Banglo mereka dikatakan mengalami rekahan tanah.


Runtuhan di Setiawangsa 88 termasuk 30 pemilik banglo diarah pindah
Antara rumah yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di Taman Puncak Setiawangsa, hari ini.






Gempar! Misteri Penemuan Terowong Bawah Tanah Di Palekbang Kelantan





Gempar! Misteri Penemuan Terowong Bawah Tanah Di Palekbang Kelantan | Kami di pihak KisahBest.My difahamkan terdapat satu isu misteri penemuan terowong bawah tanah di Palekbang Tumpat Kelantan. Kami percaya, anda semua sudah pasti tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku di sini kerana ia masih lagi belum mendapat perhatian media setakat ini. Ada juga sumber menambah bahawa terowong ini dikatakan sepanjang 100 kilometer. Persoalannya di sini, bagaimana terowong ini boleh ditemui dan apakah misteri disebaliknya? Kesahihannya masih belum dipastikan lagi. Ikuti ulasan di bawah ini.



 Melalui perkhabaran yang diterima, terowong ini pada mulanya dijumpai oleh beberapa pekerja kontraktor ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan disana..Dikatakan terowong Palekbang Tumpat yang dijumpai ini mungkin mengubah landskap sejarah yang tidak pernah terungkai selama ini dan masih menjadi misteri.





 Masyarakat sekitar kawasan Palekbang Tumpat dan Kelantan khususnya yang mengetahui tentang terowong bawah tanah ini dikatakan mula menjenguk tempat penemuan terowong yang mungkin dibina telah lama dahulu tapi tidak diketahui sebelum ini..




 Pihak berkuasa tempatan, polis, tentera mula mengawal rapi tempat penemuan terowong purba misteri yang ditemui di sana buat masa ini..

Melalui info yang diterima terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini dikatakan:

Merentasi Sungai Kelantan (panjangnya dikatakan hampir 100km)
Sebagai kubu bawah tanah yang pernah digunakan oleh tentera Jepun dahulu
Kota purba Raja Siam yang mengandungi harta karun
Tempat simpanan emas yang digunakan oleh kerajaan melayu purba


 Dikatakan pihak bomba Malaysia masih lagi menjalankan kerja-kerja menyedut air untuk dikeluarkan dari terowong tersebut bagi memudahkan kerja-kerja dijalankan oleh pihak bertanggungjawab ketika ini..

Pihak dari Jabatan Arkeologi hanya dapat memasuki sebahagian sahaja dalam terowong tersebut kerana laluan terowong ini di penuhi air..

Dijangkakan juga kepanjangan terowong ini boleh mencecah hingga ke Tak Bai, Siam..

 Sumber daripada : FB Kelab Pencinta Sejarah Kelantan

1. Terowong Bawah Tanah yang dipercaya dijumpai oleh kontraktor ini adalah kawasan “pat dahat”..dimana terowong ini digunakan oleh sebilangan tentera jepun untuk menyerang tanah melayu kelantan..melalui bawah terowong ini juga, tentera jepun membawa segala peralatan perang dan radar serta harta untuk ke sesebuah markas. Tetapi tentera jepun bukan keseluruhan melalui kawasan “pat dahat” itu..pada masa ini kawasan dan persekitaran terowong seluas “pintu rumah” dan keadaan geografi pada tahun 1930-1945 tidak seperti hari ini. KPSK menggambarkan “pat dahat” daripada sumber yang pernah bekerja di lapangan terbang Lalang Luas, Machang dan Gong Kedak. Jadi apa yang kita lihat hari ini mungkin bukan pintu utama nak masuk ke dalam terowong. Sebab ada yang pernah masuk dalam terowong seperti ini di Gong Kedak pada tahun 1970an akhirnya keluar dalam keadaan mendukacitakan.

2. Sebab ambo pernah kato di KPSK bahawa suatu ketika dahulu Kelantan ni pernah berlaku satu peristiwa di mana “ghaibnya” kerajaan Chermin, “ghaibya” kerajaan Cik Siti Wan Kembang, “ghaibnya” kerajaan Raja Kumar di Pulau Sabar ( sejajar dengan Palekbang hari ini, lokasi sudah jadi Sungai Kelantan separuhnya ) adalah kesinambungan gapo berlaku hari ini..Palekbang hari ini adalah asalnya separuh Kerajaan Kelantan Purba..Kerajaan Raja Kumar di Pulau Sabar dan segala harta jepun di bawa dari markas utama dan sementara Siam ke Tanah Melayu xkan bawok naik kapal laut..mesti melalui darat..ko guana..??? tepuk amai amai belalang kupu kupu..tepuk ramai ramai nanti antara kita dapat tahu.

3. Jadi xhairanlah kalu Palekbang ni ada kontraktor napok lubang dale air..dan dalam lubang tuh penuh dengan air..dan bomba pun sedup nak suruh kering air, nak masuk dale lubang nak cari “pade bola”, logik ko akal dale terowong ada pade bola..semuanya bare mistik belako..lagumana kalu lube ni ada arus sapa ko Kuala Takbai..????xkan nak suruh kering air dale tuh, amik masa belako tuh..kemungkinan kebangkitan kerajaan 2 raja bersaudara akan timbul dale masa terdekat..

Sumber daripada: FB This is Kota Bharu

Kawasan larangan di Palekbang dimana tempat dikatakan terdapat penemuan sesuatu yang misteri di tapak bersejarah bekas pelabuhan Palekbang. Kelihatan kerja-kerja membersih giat dijalankan oleh beberapa orang petugas . Sementara di kawasan lapang berhampiran pam pasir Hj. Manaf kelihatan lebih sepuluh orang berkhemah dan mungkin sedang merancang sesuatu.

terdapat sebuah lubang yang kelihatan agak dalam seperti sebuah telaga lama atau terowong yang sebelum ini mungkin tertimbus .

Apapun tempat tu dapat dilihat dengan mata sendiri petang ni. Yang perlu dikorek bukan sekadar terowong tetapi juga sejarah masa silam Palekbang yang suatu ketika dulu dikhabarkan pernah menjadi sebuah bandar pelabuhan.




 Mungkin jawapan tepat boleh diberikan oleh penduduk sekitar kawasan tersebut atau tunggu sehingga penemuan terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini diumumkan secara rasmi oleh pihak bertanggungjawab..Apapun kita tunggu dan lihat.

Versi Tambahan




 Berikut adalah sedikit sebanyak komen atau update yang aku dapat dari beberapa buat forum dan facebook serta kenalan-kenalan. Update akan aku lakukan dari masa kesemasa. :

# Pihak tentera dan polis sedang mengepung satu kawasan di dalam hutan dekat Palekbang, Tumpat, Kelantan.

# Kawasan telah dikepung sejak 2 hari lepas.

# Bomba sedang menyedut air.

# Satelit kaji bumi untuk membuat imbasan x-tray ke kawasan terbabit dijangka akan melalui kawasan itu pada hari ini.

# “menurut org2 kt situ, bnda ni kena dirahsiakan dulu wat smentara waktu.
sementara pihak2 berkuasa yg berkenaan sdg menyiasat.
alah.. ala2 pyramid melayu style lah. bukak sikit2 je.
yang pasti, pihak arkeologi, muzeum n antikuiti, sejarah, kerajaan negeri dan tntunya pihak keselamatan sdg berkampung dikawasan tsbt saat ini.
namun tiada pihak media.

yg telibat sedang dipagar pihak berkuasa bg mengelak pencerobohan. lokasinya bukanlah dlm hutan rimba or pedalaman krn tiada hutan di tumpat. ia terletak di tebing sungai, strategically located close to KB city. Terdapat rangkaian terowong bawah tanah yang kompleks sehingga berKM2 ke….. …
dan ada…..menunggu keputusan imbasan satellite yg sah.”

# “Dgr cerita penemuan emas yamashita kat sana… Admin blog shahpaskal jgk yg buat pengesahan”

# “cerita yg ambo dengar…. katanya la… seorang cina duk tanam cerucuk buat jambatan… tetiba muncul seekor buaya putih,,, then buaya putih ghoyat ko dia…
“cukup2 la duk tanam cerucuk kat sini…. berenti lah… pasal kat bawah ada “kubu” … lama….”
itulah berita yang hamba dengar… dan tidak dapat dipastikan kesahihan cerita tersebut….”

# “merekA TERJUMPA PIRAMId xde laaa harta bilion punnn”

# “Pihak kerajaan telah menjumpai terowong panjang di Palekbang, Tumpat, Kelantan yang berisi emas dan peralatan perang milik Jepun. Ini merupakan tinggalan terbesar selepas Perang Dunia Kedua di Malaysia yang diumum terus kepada awam.”

# “Ambo gi kelih ptg td mmg rmai situ..bomba dok sedut air x abih2 lg,polis,jabatan miniral & geosains (betul ko ejo nih) pn ado.x kurang jgk rmai ore kg dok tgk. Terowong tu sbenarnyo menghala ko sempadan thailand.dulu puok2 ni wt seludup brg dll..loni musm boh,hujan xbrenti jd terowong tu penuh dgn air..sebelum ni ore x jupo lg terowong tu sapa la kontraktor jupo..nnti ambo update lg…”

# “so,emangnyer confirmla terowong..so mmg xder la pyramid? xde la peninggalan srivijaya? xde la emas yamashita? cuma terowong seludup beras jew?frust…”

# “so..versi rasminya, itu terowong seludup beras? bila nak kluar teori konspirashit, kerajaan malaysia menyembunyikan fakta sebenar berkenaan penemuan terowong tersebut? bahwa mmg ada dijumpai sesuatu di dalam itu tapi terpaksa di”gelap”kan beritanya demi KESELAMATAN negara?”

# “Ini mungkin penemuan terhebat dalam sejarah tetapi unit propaganda akan cover up. …. mungkin akan declare ‘hanya sebuah terowong kosong’sedangkan isinya dah ghaib kena angkut dek. …… (aku tak berani tulis nanti masuk ISA)”

# “sebenarnya sejak last week ada orang tetiba sangat berminat mengenai topik ISTANA PURBA RAJA SIAM DI TUMPAT, KELANTAN. …..kita anggap cuma isu terpencil dan tak ambil berat. …….. sehinggalah kita dapat info bahawa tentera dah sampai ke Palekbang, Tumpat. ……”

# “Bomba sedut air tak habis2 lagi sejak 2 hari lepas. – Boleh bayangkan besar mana tempat bawah tanah itu???

# “lokasi terowong ini ialah di seberang Bandar Kota Bharu sahaja. Facing area between Kg Cina-Hotel River View”

# “kalau betul mungkin terowong zaman jepun dan polis dan tentera yg menutup kawasan tuh utk keselamatan mungkin takut ada bom2 peninggalan zaman jepun……”

# “saya bagi clue:
Jepun hantar spy ke Kelantan sebelum Perang Dunia II.
Jepun dapat tahu bahawa dahulukala di tengah2 Sungai Kelantan ada sebuah pulau yang merupakan pusat pentadbiran.
Kawasan itu juga merupakan kota purba. ………..
Pernah didengar cerita orang mati lemas ditelan pusar air. …… tapi mayat jumpa di tempat lain yang jaraknya 100km. …. seperti ada terowong. ……
Askar Jepun terdesak, mereka sanggup cari kota purba/terowong rahsia tinggalan kerajaan purba untuk dijadikan bunker/markas bawah tanah.
KONTRAKTOR JAMBATAN SULTAN YAHYA PETRA DEPAN TESCO mengadu sukar untuk piling beberapa batang tiang sehingga menyebabkan tiang di seberang Pasir Pekan tidak siappppppp. ……..
Tidak jauh daripadanya, kontraktor mengorek pasir pula menjumpai sesuatu. ….”

# “anda takkan percaya bahawa apa yang dijumpai di Kelantan ini akan menyebabkan chapter tambahan Perang Dunia ke 2 akan terbongkar dan mat salleh dari selluruh dunia akan datang ke Kelantan. ….. CNN pon akan ke Kelantan. tapi saya takkan tulis banyak. kalau nak tahu, pergi sendiri ke Kelantan”

# “Ceritanya jadi amat panjang apabila penjajah British tahu berkenaan terowong yang amat panjang dibina oleh tamadun purba, dan tahu pasal Piramid di sempadan Kelantan-Pahang tetapi mereka merahsiakannya. ….. Askar Jepun pula menggunakan terowong ini semasa Perang Dunia II dan menyorok emas dan senjata mereka di dalam terowong ini. …….”

# “abang ipar aku ada pergi td….bukan piramid melayu la….penemuan kubu dan terowong jepun masa diorang serang tanah melayu…..ditutup sebab dah jd tempat arkeologi…..tempat tu dijumpai sebab berdasarkan peta yg dibawa dari jepun…..dan satu lagi penemuan penting adalah lapangan terbang zaman jepun pun dah dijumpai di wilayah gua musang.
peta dari jepun? peta asal? benarkah ini?”

# “dgr cerita diorg ada jumpa terowong rahsia Jepun heading towards Thailand. A very long tunnel. Waiting for satellite imaging confirmation.”

# “berita terbaru..unit cawangan khas telah menagkap ejen pihak negara luar kerana cuba mengorek rahsia ini…”

# “palekbang sebahagian kelantan purba..raja masa tu x silap raja kumar..”

# “Setakat loni (7.56pm)..kawase tuh dikawal ketat puok2 tentera & polis..org kg xleh masuk lgsung doh kawase tuh…napok banyok jgk ‘sb’ dok bkeliarn tgh2 ore ramai..ambo x raso demo nih jupo stakat terowong emas & kota lamo..mungkin jupo benda lain lg slain tu hok lg misteri…sbb tghari td napok tigo empat butir land rover cermin gelap masuk situ siap dgn escort lg..pahtu napok skuad pkaian putih dgn topeng gas (chemical clothing) masuk situ…ambo update smula..”

# “menurut kata saing ambo… kawasan palekbang tu merupakan kwsn kubu tentera jepon mase mula2 dtg tanah melayu dulu selepas mereka mendarat d pantai sabak n then baru pwgi palekbang… masih ade saki baki tinggalan tentera jepon yg ade… antarany perigi lame dan bubu pthanan… yg keadaan menjadi kecohnya sbb ade pihak muzium dtg utk mengkaji tmpt tu… mereka telah menemui terowong didalam perigi yg mane sblom ini tidak dketahui umum.. pnduduk kg pon xtau dalam perigi tu ade trowong… dalam trowong tu mereka mjumpai tinggalan perang seperti senjata dan peluru… mgkn sbb tu la askar n polis dpanggil…”

# “rasanya dah takde ape kot..kalau ada bom ngan peluru pun rasanya askar dan polis dah setelkan..dah takde askar yang jaga tempat tu hari ni..yang ada pun ahli arkeologi yang nak kaji kesan peninggalan sejarah tempat tu..yang kata jumpa emas bagai tu tak kot..”

# “terowong ni panjangnye 100km menghubungkan kg takbai thailand.”

# “Perkara ini tersebar, ekoran Kontraktor yang sedang menjalankan pembinaan telah menemui satu struktur bawah tanah yang meragukan hingga mereka telah memangil Bomba untuk menyedut air dari satu tempat pembinaan mereka. Dari sini, Bomba telah memaklumkan kepada pihak tentera dan polis kerana apa yang mereka temui adalah diluar bidang kuasa mereka.”

# “Sumber kami di Palekbang menyatakan bahawa, struktur dalam tanah tersebut mengandungi bahan letupan (belerang) dalam kuantiti yang banyak dan ianya didakwa adalah tinggalan Perang Dunia ke-2. Sumber kami yang lain pula menyatakan bahawa mereka yang mempunyai “pas keselamatan” sahaja boleh memasuki kawasan ini.”

# “Apa yang ditemui dikawasan tersebut memang kami tidak ketahui lagi. Hingga saat ini ianya masih dibawah kawalan pihak ATM.”



Pembunuhan Kejam Kanibal





 Alexander Novikov menjadi mangsa kannibalisme oleh pasangan Oxana Domanskaya (34) dan Edward Shutov (36). Peristiwa sadis ini berlakui di bandar Makeevka Ukraine. Kejadian ini tebongkar ketika beberapa kanak-kanak melintas di satu lorong dan melihat sepasang kaki manusia terkeluar dari celah lubang.

Mereka kemudian melaporkannya ke polis. Dari hasil penyelidakan polis didapati bahawa pasangan Oxana dan Edward menjemput Alexander Novikov untuk satu pesta makan di rumahnya. Kemudian mereka mabuk dan terjadi pertengkaran antara Alexander Novikov dengan Edward Shutov dan berakhir dengan terbunuhnya Novikov.

Pasangan tersebut kemudian berusaha menyingkirkan mayat Novikokv dengan memasak dan memakannya sebahagian lagi dibuang ke dalam sebuah lubang.

Tragisnya lagi pasangan ini menyimpan daging dan organ dalam Alexander Novikov di peti sejuk. Polis menemuinya ketika memeriksa rumah mereka. Daging tersebut dikatakan akan dibuat untuk makan malam berikutnya.








wanita pemakan danging manusia di philipina






 Seorang Perempuan Dari philipina telah membunuh banyak orang dan menyimpan daging mereka dalam lemari esnya, Dia sangat menikmati memakan daging manusia. 
Dia berkata bahwa dia telah banyak membuat pesta untuk saudara dan teman-temannya. Dia memberikan mereka daging manusia tersebut untuk dimakan tanpa sepengetahuan mereka.
Teman-temannya mengatakan bahwa daging yang dimasak wanita tersebut sangatlah enak tapi mereka tidak tahu daging apakah itu. beberapa dari teman-temannya tidaklah tahu bahwa mereka akan menjadi target wanita itu selanjutnya. Yang mengejutkan adalah wanita tersebut mengaku telah membunuh suaminya juga dan memakan dagingnya.

Tapi untunglah aksi wanita tersebut telah diketahui oleh pihak yang berwajib.