Pengikut

Ahad, 24 Februari 2013






Gempar! Tanah Runtuh Di Banglo Mewah Setiawangsa | Semalam kita dikejutkan dengan kejadian tanahruntuh di kawasan banglo mewah di Setiawangsa. Kejadian ini berlaku dalam sekelip mata sahaja. Bagaimanapun tiada sebarang laporan kematian dicatatkan. KisahBest.My sempat menonton berita sebentar tadi, difahamkan banglo di bahagian tebing berkemungkinan akan dirobohkan dan dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Tetapi keputusan belum diputuskan lagi. Boleh lihat gambar di bawah ini.

tanah runtuh2


Malam semalam kejadian tanah runtuh telah berlaku di Setiawangsa dan sehubungan dengan itu 88 penghuni kediaman termasuk 30 pemilik banglo mewah dan 18 penghuni rumah kedai di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur, diarahkan berpindah .
Menurut laporan terdapat pergerakan tanah di kawasan itu dan ia disahkan oleh Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM).
tanah runtuh1
Antara Banglo mewah yang terjejas adalah milik  dua Ahli Parlimen iaitu Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis. Banglo mereka dikatakan mengalami rekahan tanah.


Runtuhan di Setiawangsa 88 termasuk 30 pemilik banglo diarah pindah
Antara rumah yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di Taman Puncak Setiawangsa, hari ini.






Tiada ulasan: