Pengikut

Khamis, 5 Julai 2012

Kenapa Tak Rogol Saya?


Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. InsyaAllah..



Rabu, 4 Julai 2012

kalau ALLAH itu maha baik,mengapa buat neraka



                                                                     NERAKA  


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu'alaikum.



10 Tempat Dengan Penjagaan Paling Ketat Di Dunia




 1. London Tower!
                                                                                                                             


Tempat ini adalah sebuah bangunan kuno yang terletak di England. Dahulunya, bangunan ini adalah kediaman keluarga diraja Englandsebelum akhirnya berpindah ke istanaBuckingham. Di dalam bangunan ini tersimpan banyak peninggalan pusaka kerajaan inggeris, seperti mahkota emas St. Edward, mahkotaKohinoor milik ratu Eliztbeth dengan berlian seberat 109 karat dan tongkat kerajaan dengan “bintang dari Afrika”, berlian asahan terbesar di dunia, semuanya disimpan dalam bangunan rahsia dibawah tanah yang dilapisi plat keluli. Ditambah dengan kawalan sangat ketat dari tentera yang selalu  menjaga tempat ini.


                                                                          2. Sealand!








Bangunan ini sebenarnya adalah bekas benteng pertahanan udara England semasa perang dunia. Ianya terletak 10 km di lepas pantai Suffolk, England. Sealandmerupakan daerah istimewa yang diketuai oleh seorang raja, bahkan ada yang menyebut bahawa sealand adalah negara terkecil di dunia. Lokasinya yang jauh dari pemukiman ditambah dengan kawalan oleh tentera England (lokasi sealand di dalam jajahan England) membuatkan lokasi ini  menjadi tempat menyimpanan yang selamat. Bahkan syarikat penyimpanan data terkenal Haven Co dipercayai menempatkan data simpanannya di tempat ini.


                                                                  3. Granite Bunker!






Granit bunker adalah sebuah bunkerpenyimpan data yang terletak di Salt Lake City, Utah Amerika syarikat. Bunker ini dijadikan sebagai tempat penyimpanan data penduduk oleh pemerintah Amerika syarikat. Bunker ini boleh dikatakan adalah bunker paling selamat, kerana terletak di 200 meter di bawah gunung granit.  Pintunya adalah logam seberat 12 ton, maka mustahil untuk dapat menceroboh. Kawalan keselamatan yang dikenakan juga sangat ketat dan hanya golongan tertentu dapat memasukinya.

                                                                  4. Norad Central!






Norad central adalah sistem pertahanan angkatan udara Amerika. Sistem pertahanan ini berupa gua seluas 18 000 m2, sedalam 600 m dibawah batu kapur besar. Ruangan terbesar seluas 14 x 180 m dengan tinggi 18 m dengan 2 gerbang logam seberat 25 ton sebagai pintu masuk. Masih ada lagi 15 ruangan bawah tanah, sebahagiannya 3 tingkat. Gedung-gedung di dalam norad ini dilindungi oleh 1.319 plat keluli masing-masing seberat 450 Kg. Memang amat mustahil untuk dipecahkan. Menurut sumber, gegaran gempa bumi juga tidak mampu untuk memecahkan dinding Norad ini.

                                                                  5. Bold Lane Parksafe!





Inilah tempat penyimpanan kereta paling selamat  di dunia.  Bold lane Parksafe bukanlah tempat parkingbiasa, tetapi sangat luar biasa. Kerana di setiap sisi terdapat ratusan kamera  CCTV, ditambah lagi dengan ratusan alat sensor gerak yang sangat sensitif. Jika ada tanda yang sedikit mencurigakan, maka petugas keselamatan Bold lane Parksafe yang sudah terlatih akan terus menyiasat keadaan. Keselamatan kereta anda terjamin sepenuhnya.


                                                                    6. Fort Knox!


Fort Knox adalah gudang jongkong emas Amerika Syarikat yang terletak dikawasan ketenteraanKentucky, AS, dan dijaga oleh ratusan tentera. Di dalam gudang ini tersimpan ribuan jongkong  emas dan dokumen berharga, salah satunya adalah naskah salinan asli piagam Magna Charta.Gudang ini dilengkapi dengan sistem keselamatan yang sangat ketat, pintu masuknya adalah keluli dengan berat 20 ton, sedangkan pintu utama gudang dilengkapi dengan sistem keselamatan kombinasi angka dimana hanya beberapa orang sahaja yang mengetahuinya. Tentera berjaga setiap masa.

7. Area 51!


Area 51 adalah salah satu area paling tertutup di dunia, area ini sangat dijaga ketat oleh tentera amerika. Kawasan ini ditiupkan dengan cerita-cerita berkaitan dengan UFO. Di sini, Amerika Syarikatmengembangkan teknologi pesawat tempur yang canggih, dan banyak dokumen ketenteraan AS yang disimpan di sini. Tidak hairan jika kawasan yang berada di daerah gurun Nevada ini menjadi salah satu tempat terselamat di dunia. Memang amat sukar untuk mencerobohi area ini. Sebarang perkara yang mencurigakan akan membawa maut pada mereka yang disyaki menceroboh.

8. Data Fortress!


Data fortress adalah bunker simpanan data yang terletak di pergunungan Alps Swiss. Bunker ini adalah bunker penyimpanan data milik perusahaanMount 10 yang digunakan untuk menyimpan pelbagai dokumen rahsia milik kerajaan, ketenteraan, bank dan lembaga kewangan dari seluruh dunia. Keselamatan bunker ini sangatlah ketat. Hampir di setiap sudut kawasan telah dipasang ratusan kamera CCTV, sensor gerak dan sensor bunyi. Memang agak mustahil untuk menceroboh. Bunker ini juga dilengkapi dengan tentera pengawal siap  bersenjata dan pagar besi. Kawalan rapi ini tentunya setiap masa dan tentunya pengawal keselamatan yang bertugas juga beratus-ratus banyaknya. Mengikut sumber, pengawal keselamatan yang diambil hanya golongan elit dan terlatih serta mempunyai kepakaran tertentu. Memang bukan calang-calang orang yang mengawal bunker ini.


9. Florence Prison!


Tempat ini adalah penjara yang sangat ketat bertempat di daerah Colorado Amerika. penjara ini menampung sekitar 400 tahanan. Penjara ini adalah tempat kurungan banduan jenayah yang berat, tidak hairan jika keselamatan penjara ini sangat ketat. Banduan dikurung di dalam 1000 bangunan keluli dengan sensor jarak jauh.  Sekitar luar pagar penjara telah dikawal ratusan anjing pemburu yang bersedia mengejar banduan yang cuba melarikan diri. Adakah ia seperti penjara X-Ray?


10. Air Force One!


Air Force one adalah pesawat president Amerika. Pesawat jenis Boeing 747-200B ini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti keselamatan luar biasa, bermula dari alat sensor, peralatan komunikasi kedap suara, alat kebal  gelombang elektromagnetik, serta sistem keselamatan yang sangat canggih . Pesawat ini boleh mengisi bahan bakar di udara, maka ia dapat terbang selama seminggu penuh. Kelajuannya juga amat memberangsangkan dan dikatakan lagi laju dari kapal terbang biasa. Walaupun tidak seperti jet pejuang, kelajuannya boleh dibanggakan.






Selasa, 3 Julai 2012

MISTERI HAJARUL ASWAD



Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam".(Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )


PROSES MEMBUAT TELUR AYAM PALSU DI CHINA

Di sini ADMIN akan tunjukkan bagaimana telur tiruan ini di hasilkan.


Di China terdapat kelas-kelas yang mengajar pelbagai jenis teknologi penipuan , malah telur-telur tiruan ini diubah menggunakan bahan-bahan kimia. Yang menariknya elur tiruan ini boleh digoreng.

Langkah 1 penyediaan bahan-bahan mentah
Menggunakan 7 jenis bahan-bahan kimia.




Telur palsu ini dibuat dari kalsium karbonat, kanji, resin, gelatin, tawas dan produk kimia lain.

Langkah 2 cara buat telur tiruan

Telur mentah ke dalam acuan untuk 2 / 3 penuh,letakkan kalsium klorida, pewarna tiruan.




'Kuning telur' dibentuk dalam acuan bulat. 'Magic Water' yang mengandungi kalsium klorida digunakan.



Dengan menambah satu pigmen kuning akan terbentuklah 'kuninh telur'.

Langkah 3 bentuk telur palsu

Dalam acuan dalam 1 / 3 telur mentah putih, seperti pakej pertama, seperti ladu-ladu ke dalam kuning telur, putih telur menjadi akan membentuk secara perlahan-lahan bila dicampur dengan "magic water"dalam air sihir, satu kulit telur terbentuk secara slow-slow. Bentuk telur keseluruhannya akan terbentuk 1 jam setelah dibasuh dengan air.

Langkah 4

Penghasilan telur-telur nelalui lilin parafin, kalsium karbonat,
seperti modulasi kulit telur ke dalam satu penyelesaian, ulang beberapa kali sehingga kulit telur tiruan ini kering sedikit, rendam dalam air sejuk.




Kulit yang keras dibentuk dengan merendam kedalam lilin parafin ke atas telur tadi, kemudiannya dibiarkan kering.






Bila kita menggoreng telur tiruan ini kita akan dapati banyak buih2 terbentuk dan ramai yang tak akan perasan mana satu yang betul atau tiruan.Telur ini kelihatan sama dengan yang sebenar begitu juga dengan rasanya tetapi bahaya untuk kesihatan !




Berhati-hati semasa membeli telur...


Telur Palsu vs Telur Tulen

Di hari minggu ni kalau korang berniat nak makan telur, pastikan telur yang tulen. Telur palsu ni didapati bermula dari negara China dan kini mula dijual di Malaysia. Camne nak tau beza? Antara perbezaan yang terdapat di antara telur palsu China dan telur asli:




Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan ada telur ayam yang dijual di pasaran tempatan adalah telur tiruan yang diperbuat daripada bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
Mengikut CAP, bentuk telur tiruan agak luar biasa dan bersaiz lebih besar berbanding telur biasa dan baunya juga tidak sama. Telur tiruan juga tidak mengandungi khasiat atau nutrisi dan penuh dengan bahan kimia berbahaya.



Telur ayam dipercayai tiruan yang dirampas dalam pemeriksaan di Pasar Pulau Tikus baru-baru ini
Putih telurnya dipercayai diperbuat daripada sodium alginat, alum, gelatin, asid benzoik dan kalsium klorida. Di samping air dan pewarna makanan, kuning telur adalah hasil campuran buah lemon yang diperah dan pewarna makanan.
Kulit telur pula diperbuat daripada kalsium karbonat, serbuk gipsum, parafin dengan beberapa bahan campuran lain. 
- petikan dari bharian.com.my




Tauladan : Akibat Marah Apabila Ibu Suruh Sembahyang Sumber: Tauladan : Akibat Marah Apabila Ibu Suruh Sembahyang | Kakiharu Blog™ http://kaki-haru.blogspot.com/2012/01/tauladan-akibat-marah-apabila-ibu-suruh


Kisah benar yang di ceritakan oleh seorang ustaz yang tugasnya memandikan mayat orang Islam di sebuah hospital



Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.

Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. “Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Nauzubillah!!