Pengikut

Rabu, 13 Jun 2012

SOLAT CARA RASULULLAH S.A.W. ( MENARIK)

Melayukini.net – Solat cara Rasulullah (Menarik!) | Pelbagai jenis solat yang kita nampak. Ada yang mengangkat takbir, dan ada yang tidak. Ada yang suka mengerakkan kan jari ketika tahiyyat awal, dan ada yang tidak. Ia bergantung kepada fahaman dan pegangan masing-masing. Jika ingin dihuraikanbagaimanakah cara solat Rasulullah, ia begitu panjang sekali untuk dihuraikan. Walaubagaimanapun terdapat sedikit persoalan yang dilontarkan kepada ustaz berkenaan solat cara Rasulullah SAW. Jom ikuti soal jawba di bawah ini.
Soalan :
Bolehkah seseorang itu menggerakkan jari telunjuknya menulis nama Allah ketika membaca kalimah syahadah ketika bersembahyang dengan tujuan supaya lebih khusyuk? Apa perlakuan yang makruh dan tidak seharusnya dilakukan apabila menunaikan sembahyang?
Jawapan :
Solat adalah ibadat yang mesti dilaksanakan sepertimana diajar Nabi. Tidak boleh ada penambahan perlakuan dalam solat apa bentuk sekalipun, sama ada ucapan atau pergerakan.
Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud “Solatlah kamu seperti mana kamu nampak aku solat,” ertinya solat mestilah sama seperti mana solat Nabi.
Menggerakkan jari telunjuk menulis nama Allah ketika membaca syahadah tidak pernah dilakukan Nabi, oleh itu tidak boleh melakukannya dalam solat atas apa tujuan pun.
Ada banyak cara yang diajar Nabi untuk mendapatkan khusyuk, antaranya: pemusatan pemikiran, menumpukan penglihatan serta tafahum iaitu pengertian mengenai solat.
Antara perlakuan makruh dalam solat ialah; meninggalkan perkara sunat dengan sengaja, menggerakkan anggota, memejamkan mata dan menoleh atau bergerak yang tidak perlu dalam solat.
Melayukini.net - Untuk lebih memudahkan diri sendiri. Kita diberi pilihan untuk berpegang kepada mazhab yang mana. Jika di Malaysia kita lebih cenderung berpegang kepada mazhab Syafie. Oleh itu, usah terkeliru dengan cara solat orang lain, berkemungkinan mereka pengikut mazhab yang lain. Setiap khilaf yang berlaku itu pasti terkandung seribu hikmah.


KISAH RASULULLAH S.A.W. DENGAN PENGEMIS YAHUDI YANG BUTA

Cerita ini mengisahkan seorang pengemis Yahudi yang buta gemar menghebahkan cerita fitnah mengenai Rasulullah SAW. Namun demikian, ada suatu kisah di mana akhirnya dia telah berminat untuk memeluk Islam


Melayukini.net – Kisah Rasulullah SAW Dengan Pengemis Yahudi Yang Buta |  Pernahkah kita mendengar tentang berdakwahlah secara berhikmah. Kisah ini ada berkait rapat dengan dakwah bil hikmah yang mana, Nabi Muhammad berjaya membuat orang tertarik dengan Islam dengan hanya melakukan perbuatan sahaja. Kisah ini bermula di sudut pasar Madinah Al-Munawarah. Ada seorang pengemis Yahudi buta, setiap hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata, “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.”
Setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawamakanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis ituwalaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu.
Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. Beliau bertanya kepada anaknya, “Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?” Aisyah r.a menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja.” “Apakah itu?” tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagiRasulullah s.a.w selalu pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana,” kata Aisyah r.a.
Keesokan harinya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?” Abu Bakar r.a menjawab, “Aku orang yang biasa.” “Bukan! engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” jawab si pengemis buta itu. “Apabila dia (Rasulullah s.a.w) datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.” Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a, dia pun menangis dan kemudian berkata, “Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.” Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.
Melayukini.net - Kisah ini merupakan salah satu contoh terbaik yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan dakwah kepada umatnya. Bayangkan, dengan penuh keikhlasan Rasulullah SAW membantu menyuapkan makanan kepada pengemis buta itu. Sungguh hebat budi pekerti Rasulullah SAW.

Ahad, 10 Jun 2012

MAYAT TERBIAR DI GUNUNG EVEREST(SERAM!)


Disebabkan oleh bahaya dan kesukaran muka bumi, mayat-mayat pendaki yang mati ketika mendaki Gunung Everest hanya dibiarkan sahaja di sana.


Melayukini.net – 8 Gambar Mayat Terbiar di Gunung Everest(Seram!) | Umum mengetahui yang Gunung Everest merupakangunung yang paling tinggi di dunia. Disebabkan ketinggiannya itu dan kecantikan pemandangan di situ (Pelangi Indah di Gunung Everest (LINK)), ramai pendaki di seluruh dunia cuba untuk menawan puncaknya. Dalam aktiviti penawanan puncak Gunung Everest ini lah, ramai pendaki yang kecundang dan mayat mereka dibiarkan sahaja di sana kerana kesukaran untuk membawa mayat-mayat itu turun. Jom kita lihat gambar mayat-mayat yang terbiar tidak dituntut di Gunung Everest. Menyeramkan!











































GAMBAR BUAH KELAPA MENANGIS KETIKA HENDAK DIBELAH

Gambar Buah Kelapa Menangis Ketika Hendak Dibelah | Buah kelapa menyerupai wajah manusia menghebohkan warga Bima, Nusa Tenggara Barat (NTB). Anehnya lagi, buah kelapa pelik ini akan mengeluarkan air seperti menangis jika hendak dibelah. Rumah pasangan M Saleh dan Siti Aminah di RT 08/04,Kelurahan Melayu, Kecamatan Asakota, Kota Bima, dikunjungi ramai orang untuk melihat buah kelapa ini.

Buah kelapa yang mengeluarkan air mata ketika henda dibelah.
Mereka ingin membuktikan dengan mata kepala mereka sendiri soal khabar heboh yang beredar dari mulut ke mulut mahupun foto di telefon bimbit tentang buah kelapa pelik itu.
Bukan hanya warga biasa, para pegawai dan guru-guru pun tak mahu ketinggalan. Mereka sengaja datang dari tempat kerja masing-masing untuk melihat bentuk asli buah kelapa yang diyakini memiliki keajaiban tersebut.
Menurut Aminah, kelapa tersebut didapat dari pemberian kakaknya, M Yamin. Saat sabutnya dikupas, belum terlihat tanda-tanda aneh.
“Saya terkejut kerana saat akan dibelah keluar air matanya. Akhirnya saya enggak jadi belah dan simpan kelapa pelik itu di almari,” ujar Aminah di rumahnya, Selasa (10/5/2011).
Kerana yakin buah kelapa ini memiliki keajaiban, Aminah mengaku tidak akan menjual atau menggunakannya untuk keperluan rumah tangga. Dia akan menyimpannya sekalipun ada orang yang akan menawar dengan harga tinggi.
Kini buah kelapa tersebut disimpan di dalam kaca agar tidak terjatuh ketika warga melihatnya. Tingginya animo masyarakat yang ingin melihat buah kelapa pelik ini dimanfaatkan keluarga Aminah. Pihaknya sudah menyiapkan sebuah kotak amal yang boleh diisi pengunjung seikhlasnya.
Warga tidak hanya datang untuk menyaksikan namun juga mengabadikan melalui kamera telefon selularnya. Bahkan beberapa perempuan sempat kerasukan setelah melihatnya. Maka tak hairan jika ketika ini banyak beredar rakaman video buah kelapa mirip wajah manusia ini.
Melayukini.net – Tiba-tiba sahaja teringat tentang sebuah pokok kelapa yang mempunyai 7 cabang (LINK). Tiada yang mustahil di dunia. Segalanya kuasa Allah. Cuma janganlah kita terlalu taksub sehingga boleh menjejaskan akidah kita sebagai seorang Islam.


KOLEKSI GAMBAR HAIWAN YANG BERJAYA DI KACUKAN

Koleksi gambar haiwan yang berjaya dikacukan oleh oihak-pihak tertentu, Kacukan ini terdiri daripada haiwan seperti kucing, unta, kuda belang dan sebagainya. Langsung tiada kecatatan hasil daripada proses ini.
Gambar Kacukan Haiwan Yang Pelik | Seperti kebiasaanya kita melihat kacukan di antara haiwan adalah melibatkan pasangan yang sejenis. Tetapi kali ini apa yang ditunjukkan kepada anda adalah gambar kacukan haiwan yang pelik kerana proses kacukan ini dilakukan dengan haiwan yang langsung tidak mempunyai persamaan dari segi rupa bentuk. Mari kita lihatgambar pelik binatang yang telah dikacukkan dari pelbagai jenis haiwan.
Melayukini.net - Pelbagai jenis kacukan yang berjaya mereka lakukan. Kita juga mempunyai kacukan iaitu perkahwinan di antara orang melayu dengan orang dari luar negara seperti US, Arab dan sebagainya.


5 PENJARA PALING BRUTAL DI DUNIA

Penjara dibina untuk mengurung para pelaku jenayah yang telah melanggar undang-undang. Namun penjara bukanlah satu tempat yang aman kerana terdapat 5 buah penjara yang paling brutal di dunia.


LUAR BIASA! LEMBU YANG PANDAI JAGA BADAN

Terdapat beberapa ekor lembu ditemui di ladang mempunyai saiz fizikal yang luar biasa. Bukan kerana saiz fizikalnya yang besar, tetapi lembu-lembu ini mempunyai bentuk badan berotot yang sasa.


Luar Biasa! Lembu Yang Pandai Jaga Badan | Kalau sebelum ni kita pernah lihat lembu terbesar dan terberat di dunia (LINK). Kini, pernah melihat lembu menjaga badannya untuk menjadi sasa? Kebiasaanya sasa ini dikaitkan dengan manusia berjantinakan lelaki yang mana ia merupakan impian mereka untuk berbadan seperti itu. Namun hal ini lain pula, beberapa ekor lembu dilatih untuk mempunyai badan yang berotot seperti prorgram bina badan. Lembu-lembu ini secara hakikatnya memang mempunyai saiz fizikal yang agak besar. Jom lihat gambar lembu yang pandai jaga badan ini.
Melayukini.net - Luar biasa kan? Tak sangka lembu pun boleh ada otot yang macam itu. Macam manalah pemilik lembu-lembu ini lakukan. Adakah menggunakan suntikan atau, sememangnya dia pergi ke gym, He He..