Pengikut

Selasa, 3 Julai 2012

Muka Hilang Akibat Kemalangan Ngeri Kereta Ke?

Tiada info, tapi tempat kejadian nampak seperti di Rusia.Memang teruk eksiden kereta ni.18SG sahaja dibenarkan masuk ye, sebab ada 7 keping gambar serius ngeri dalam entry ini.



















MAKNA FITNAH DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH

Kalimah Fitnah الفتنةdalam bahasa Arab bermaksud: Ujian dan cubaan.
Imam Ibnu Hajar berkata:
Asal kepada makna fitnah adalah الإختبار(ujian) dan الإمتحان(ujian)

Ibnu Manzur, Al-Azhari dan lainnya berkata:
"Asal makna fitnah adalah الإبتلاء(cubaan), الإمتحان(Ujian) dan الإختبار(ujian)."

Apapun dari segi istilah ulama adalah seperti yang didefinasikan oleh Jurjani:
"Perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau pun keburukan sesuatu."

Makna Fitnah Dalam Al-Quran pula adalah berbeza. Ianya seumpama berikut:

1. Fitnah yang membawa maksud Syirik.
Firman Allah :

"Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh."(Ayat 191: Surah Al-Baqarah)
"Dan perangilah mereka supaya tidak berlakunya syirik."(Ayat 193 : Surah Al-Baqarah)
"dan Syirik lebih besar dosanya dari membunuh."(Ayat 217 : Surah Al-Baqarah)

2. Fitnah dengan makna ujian dan cobaan.
Firman Allah:
"Dan kami uji kamu (Nabi Musa) dengan pelbagai ujian yang besar." (Ayat 40 : Surah Toha)
"Dan sesungguhnya kami telah menguji ummat yang terdahulu."(Ayat 3 : Surah Al-Ankabut)

3. Fitnah membawa maksud seksa
Firman Allah:
"Sesungguhnya orang-orang yang menyeksa orang-orang beriman lelaki dan perempuan ... "
Begitu juga makna fitnah pada ayat 10 surah al-Ankabut, ayat 14 surah az-Zariat dan ayat 110 surah an-Nahl.

4. Fitnah membawa maksud dosa.

Firman Allah:
"Dan sebahagian mereka ada yang berkata "izinkanlah aku untuk tidak berperang dan janganlah menyebabkan aku berbuat dosa. Ketahuilah mereka yang telah terjebak dalam dosa (dengan tidak mahu pergi berperang)."(Ayat 49 : Surah At-Taubah)

5. Fitnah bawa maksud kekufuran.

Firman Allah:
"Sesungguhnya mereka inginkan kekufuran."(Ayat 48 : Suarh At-Taubah)
Begitu juga fitnah dalam ayat 7 surah Ali-Imran.

6. Fitnah bawa maksud pembunuhan dan kebinasaan.

Firman Allah:
"Sekiranya kamu takut orang-orang Kafir membunuh kamu."(Ayat 101: Surah An-Nisa)
Begitu juga fitnah pada ayat 83 Surah Yunus.

7. Fitnah yang membawa maksud berpaling dari jalan yang benar.

Firman Allah:
"Dan berwaspadalah dari mereka yang hendak memesongkan kamu dari jalan kebenaran."( Ayat 49: Surah Maidah)
Begitu juga dalam ayat 73 surah al-Isra.

8. Fitnah yang membawa maksud sesat.

Firman Allah :
"Dan sesiapa yang Allah hendak menyesatkannya."(Ayat 41 : Surah Al-Maidah)
Begitu juga fitnah dalam ayat 162 surah as-Soffat.

9. Fitnah yang membawa maksud alasan.

Firman Allah :
"Kemudian tidaklah ada alasan mereka melainkan mereka berkata "Demi Allah wahai tuhan kami, kami bukannya orang-orang musyrikin." (Ayat 23 : Surah Al-An'am)

Sebahagian tafsir menyatakan fitnah disini bermaksud jawapan.

10. Fitnah yang membawa maksud gila
"Maka kamu akan lihat hai Muhammad dan mereka akan lihat siapakah yang gila."(Ayat 6 : Al-Qalam)

MAKSUD FITNAH DALAM HADIS

1. Fitnah yang membawa maksud perselisihan dan peperangan

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Akan berlaku perselisihan dan peperangan, orang yang melihatnya lebih baik dari orang yang menyebabkannya ia berlaku." (Imam Bukhari dan Muslim)

2. Fitnah bermaksud ujian dan cubaan

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Maka hendaklah kamu berwaspada terhadap dunia dan waspada terhadap wanita, sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa Bani Israel adalah wanita."(Hr Muslim)

3. Fitnah bermaksud melalaikan dan melekakan.

Hadis Nabi Muhammad SAW:
"Sekiranya baginda mendengar tangisan bayi, Baginda akan meringankan solatnya kerana bimbang ibunya akan terleka dengan tangisan ibunya."(Hr Bukhari)

4. Fitnah bermaksud penyeksaan dan pembunuhan

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Dahulu seorang lelaki di seksa kerana mempertahankan agamanya, samada orang-orang kafir membunuhnya atau menyeksanya."(Hr Bukhari)

5. Fitnah bermaksud berlaku kemungkaran dan kemaksiatan.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Apabila datang seorang lelaki yang baik agama dan akhlaknya melamar anak mu maka hendaklah kamu kahwininya dengan anak mu. Kalau tidak, akan berlaku kemungkaran dan kerosakan yang besar di muka bumi." (Hr Ibnu Majah)

6. Fitnah bermaksud memaksa untuk kembali kufur.

Nabi bersyair ketika menggali parit di peperangan khandak:
"Sesungguhnya musuh-musuh telah menganiaya kami. Sekiranya mereka hendak memaksa kami kembali kufur, kami enggan."(Hr Bukhari dan Muslim)

7. Fitnah bermaksud menjauhkan dari agama

Nabi Muhammad SAW bersabda kepada Muaz ra:
"Wahai Muaz adakah engkau hendak menyebabkan manusia lari dari ajaran agamanya?"(Hr Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan: Fitnah mempunyai pelbagai makna dan maksud di dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Masyarakat selalu menggunakan fitnah untuk makna tuduhan, sehinggakan mentafsirkan kalimah fitnah ayat berikut dengan tuduhan palsu, sedangkan maknanya adalah syirik:

"Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh." (Surah 191 : al-Baqarah)

Banyak di kalangan masyarakat mentafsirkan fitnah kepada tuduhan yang tidak benar. Sedangkan tidak ada fitnah yang bermaksud tuduhan dalam Quran, hadis dan bahasa Arab. Ini satu pentafsiran mengikut hawa nafsu.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Sesiapa yang berkata tentang Quran dengan akal fikirannya atau apa yang dia tidak tahu ilmu tentangnya maka hendaklah menempati tempatnya di Neraka." (Hr Tirmizi)

Firman Allah SWT:
"... Allah mengharamkan kamu bercakap tentang Allah apa yang kamu tidak tahu." (Ayat 33 : Surah Al-Araf)

Berhati2lah ketika kita mentafsirkan al-Quran kerana ia adalah kalamullah. Kita tidak boleh mentafsirkan sendiri dan kita hendaklah hanya mengambil dari para pentafsir yang muktabar.

RUJUKAN: Sofawatut Tafasir oleh Sobuni, Tafsir Ibnu Kathir dan al-Fitnah oleh Dr Ibrahim ad-DarwiThe Girl with the Dragon Tattoo

” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa.”
(Surah Al Baqarah, ayat 183)
Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa.”
(Surah Al Baqarah, ayat 183)
Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…….”

PENGERTIAN PUASA
Puasa ertinya menahan diri dari dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari )
Jenis-Jenis Puasa:

1. PUASA WAJIB
(Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar. )

2. PUASA SUNNAH
Puasa hari Arafah
Puasa Enam Hari pada bulan Syawal
Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
Puasa bulan Syaaban
Puasa Isnin dan Khamis
Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)
3. PUASA MAKRUH
Puasa yang terus menerus sepanjang masa
Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

4. PUASA HARAM
Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
Puasa pada hari raya pertama Haji
Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA
1. Berakal
2. Akhir Baligh (Cukup umur)
3. Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA
1. Islam
2. Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
3. Suci daripada haid dan nifas
4. Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA
1. Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
2. Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Muntah dengan sengaja
3. Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
4. Keluar darah haid atau nifas
5.Gila
6. Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
1. Orang yang sakit
2. Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
3. Orang tua yang sudah lemah
4. Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak

NAMA 10 MAKLAIKAT DAN TUGAS

1) Malaikat Jibril, tugasnya Menyampaikan wahyu
2) Malaikat Mikail, tugasnya Menyebarkan rezeki dan menurunkanhujan
3) Malaikat Israfil, tugasnya Meniupkan Sangkakala
4) Malaikat Izrail, tugasnya Mencabut nyawa Makhluk hidup
5) Malaikat Raqib, tugasnya Mencatat amal kebaikan manusia
6) Malaikat Atid, tugasnya Mencatat amal keburukan manusia
7) Malaikat Munkar, tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzah )
8) Malaikat Nakir, tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzah )
9) Malaikat Malik, tugasnya Menjaga pintu neraka
10) Malaikat Ridwan, tugasnya Menjaga pintu Syurga

Disko berbentuk masjid di Sepanyol milik penjaga gol Real Madrid?

Siapa pemilik disko di Sepanyol yang menyerupai masjid dengan nama La Meca? Ternyata dia seorang bekas penjaga gol Real Madrid, Santiago Canizares.
La Meca merupakan disko yang paling popular di kota pesisir Aguila, di Murcia, Sepanyol, pada 1980-an dan 90-an sebelum ditutup satu dekad lalu. Kemudian disko ini kembali dibuka pada 18 Jun 2010 dengan nama yang sama, sehingga mengundang kontroversi di kalangan umat muslim di negara tersebut.
Kontroversi tersebut semakin besar setelah hacker masuk ke website disko tersebut, kemudian memposting videonya. Tentu saja hal tersebut akan mengancam peperang besar antara Sepanyol dan orang-orang Islam di seluruh dunia, jika tempat tersebut tidak mengganti namanya.
Akibat kontoversi tersebut, akhirnya ketua perisik memperingatkan pemilik disko Santiago Canizares. Karena saat ini mereka menjadi target ekstrimis muslim yang mengklaim diskotek tersebut telah menghina agama islam.
Kemudian Santiago Canizares pun setuju untuk mengganti nama disko miliknya setelah bertemu dengan para pemimpin Muslim di Sepanyol.
Sebelumnya badan perisik Sepanyol, National Intelligence Centre , memperingatkan para pemilik atas ancaman yang dilakukan secara online yang dilakukan umat muslim moderatSepanyol yang meminta supaya nama disko tersebut diubah.
Ketua Federasi Entitas Agama Islam Sepanyol Mohamed Ali, mengatakan bahawa Mekah merupakan tempat suci orang Islam, dan tempat Nabi Muhammad menerima kitab suci Al-quran.
“Menggunakan nama La Meca untuk memanggil tempat yang digunakan untuk menari dan minum, itu menghina perasaan umat Islam ,” katanya. , “Padahal umat Islam selalu peka terhadap perasaan non-Muslim,” ujarnya.






OHH..CAMNI RUPANYA ORANG KAYA MAKAN…..!

Pernah tengok orang2 kaya makan….maksudnya yg kaya raya….bukan kaya2 biasa tu…setakat lepak kat restoran 5 star tu dah x heran….ini yg betul2 kaya…..kejap2….tambah sikit…berlagak dan ego! :choler:
tengok ni….

















   apa rasionalnya?? nak tunjuk mereka kaya raya la tu…..lupa ke ada manusia lain yg mati x makan??! :choler:        




                                                               moral; jgn lupa diri bila dah kaya…. :oups:

GORENG AYAM GUNA TANGAN



 
Chiang Mai, Thailand - Mr Trichan, 50 tahun begitu terkenal dengan kebolehan luar biasanya... menggoreng ayam tanpa menggunakan sudip atau senduk.  Beliau hanya menggunakan tangannya untuk memasukkan ketulan ayam ke dalam minyak masak panas mendidih.  Kemudian memasukkan tangannya lagi untuk mengangkat ayam goreng yang sudah masak dari dalam kuali  yang penuh dengan minyak masak mendidih pada suhu 480c.  Namun tangannya tetap elok tanpa sebarang kecederaan akibat kesan minyak yang panas itu.
 



Superhands: Kann Trichan feels no pain and his skin is unaffected by the boiling fat at his fried chicken stall in Chiang Mai, Thailand

Mr Trichan berkata, " Ketika saya memasukkan tangan ke dalam minyak yang sedang panas mendidih 480c, saya memang terasa panasnya tetapi ia tidak menyebabkan kulit tangan saya terbakar atau melecet.  Saya boleh memasak nasi, menggoreng, dan apa saja dengan tangan kosong tanpa menggunakan alatan memasak,"
Warungnya yang terletak di Chiang Mai, 470 batu utara Bangkok sentiasa menjadi tumpuan pelancong asing dan orang ramai bukan saja kerana ayam gorengnya yang sedap tetapi juga untuk menyaksikan sendiri kebolehan luar biasanya itu.  




 Fast finger food: Mr Trichan holds the world record for plucking 20 pieces 
                                    of chicken from 480c fat in one minute


Mr Trichan merupakan pemegang rekod "Guinness Book of World Record" untuk kategori mengangkat 20 ketul ayam daripada minyak masak mendidih 480c  selama 1 minit.
Selama tujuh tahun terakhir Mr Trichan telah menjadi bintang antarabangsa dan telah mengelilingi dunia bersama isterinya, Tuan, 45, menunjukkan kepakarannya.


 Tourist attraction: Over the past seven years Mr Trichan has become a celebrity with people flocking to his stall in Chiang Mai