Pengikut

Ahad, 10 Jun 2012

LUAR BIASA! LEMBU YANG PANDAI JAGA BADAN

Terdapat beberapa ekor lembu ditemui di ladang mempunyai saiz fizikal yang luar biasa. Bukan kerana saiz fizikalnya yang besar, tetapi lembu-lembu ini mempunyai bentuk badan berotot yang sasa.


Luar Biasa! Lembu Yang Pandai Jaga Badan | Kalau sebelum ni kita pernah lihat lembu terbesar dan terberat di dunia (LINK). Kini, pernah melihat lembu menjaga badannya untuk menjadi sasa? Kebiasaanya sasa ini dikaitkan dengan manusia berjantinakan lelaki yang mana ia merupakan impian mereka untuk berbadan seperti itu. Namun hal ini lain pula, beberapa ekor lembu dilatih untuk mempunyai badan yang berotot seperti prorgram bina badan. Lembu-lembu ini secara hakikatnya memang mempunyai saiz fizikal yang agak besar. Jom lihat gambar lembu yang pandai jaga badan ini.
Melayukini.net - Luar biasa kan? Tak sangka lembu pun boleh ada otot yang macam itu. Macam manalah pemilik lembu-lembu ini lakukan. Adakah menggunakan suntikan atau, sememangnya dia pergi ke gym, He He..


SEEKOR LEMBU JANTAN YANG BERATNYA LEBIH 1,587 KILOGRAM

Seekor lembu jantan yang beratnya lebih 1,587 kilogram dan berusia lapan tahun dipercayai paling berat di Britain. Lembu ini juga mempunyai saiz ketinggian lebih daripada seorang lelaki dewasa


Lembu Gergasi Paling Berat Dan Terbesar Di Dunia (Luar Biasa) | Rata-rata daripada pernah menonton rancangan program yang memaparkan sukan berbahaya iaitu orang yang paling lama bertahan di atas seekor seladang. Akibat daripada aktiviti tersebut, ramai yang telah terkorban, tercedera akibat tercampak kerana seladang merupakan haiwan yang sangat agresif. Namun terdapat seekor  lembu gergasi jantan seakan-akan seekor serdang yang beratnya lebih 1,587 kilogram (kg) dan berusia lapan tahun dipercayai bukan sahaja paling berat di Britain, tetapi mungkin juga di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Lembu gergasi itu memiliki berat 1,587kg selepas ia ditimbang pada tahun lalu tetapi berat sebenar lembu tersebut pada tahun ini masih belum diketahui. Lembu gergasi berjantina jantantersebut akan ditimbang semula pada satu pertandingan amal yang meminta orang ramai meneka berat lembu gergasi itu.
Pemilik lembu itu, Arthur Duckett, 79, tidak menyatakan jumlah sebenar berat lembu gergasi itu tetapi memberitahu ia lebih berat pada tahun lalu. “Dia (lembu itu) masih membesar. Lembu itu seekor haiwan yang baik. Saya menyukainya,” kata Duckett.
Menurutnya, dia mencabar orang ramai untuk meneka berat sebenar lembu gergasi itu pada pertandingan amal di North Petherton, Somerset pada 7 Disember ini.
Melayukini.net - Lembu gergasi sebesar ini kalau dibuat korban raya haji, mesti satu kampung makan tak habis. Hehe, Namun tidak semua tempat mempunyai lembu sebesar ini. Mungkin atas faktor genetik, cuaca yang menyebabkan lembu jenis ini mampu membesar sebesar ini.



7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W. YANG (MENARIK)

Cara hidup siapa lagi yang kita hendak ikut kalau bukan junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW. Jom kita ikuti apakah sunnah rasulullah SAW semasa hayat baginda masih hidup.

Melayukini.net 7 Sunnah Rasulullah SAW (Menarik!) | Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Begitulah kehidupan manusia. Manusia yang paling mulia di dunia ini siapa lagi kalau bukan baginda Nabi Muhammad SAW. Baginda merupakan pemimpin contoh bagi semua penduduk di dunia ini. Jadi apa kata kita mengetahui apakah sunnahRasulullah SAW ketika hayatnya masih hidup.
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Melayukini.net - Jadi apa tunggu lagi, jom kita sama-sama terapkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita  sepertimana baginda ada bersabda iaitu  “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

SUBHANALLAH! ANAK LEMBU MIRIP MANUSIA

Seekor lembu telah melahirkan anaknya dalam bentuk fizikal mirip seorang manusia. Walaubagaimanapun anak lembu tersebut tidak dapat bertahan hidup dan akhirnya mati selepas itu.


Subhanallah! Anak Lembu Mirip Manusia | Seekor lembu telah melahirkan anaknya dan peristiwa itu telah mengejutkan pendududk di Desa Nyakaban Timur, Kecamatan Batang-Batang Sumenep, Madura. Ia adalah disebabkan lembu peliktersebut telah melahirkan anaknya dalam bentuk fizikial mirip manusia. Anak lembu itu lahir tanpa bulu dan mirip kulit bayi.

Kepala dan muka bayi lembu pelik itu pun bulat mirip manusia, bahkan dua kaki depan posisinya seperti lengan manusia. Anak lembu ini lahir tidak normal dan ketika lahir mempunyai berat 2 kg dan panjang 50 cm.
Namun sayangnya, anak lembu pelik ini hanya mampu bertahan hidup selama 17 minit. Uniknya, sang pemilik, Rasuki, mengaku akan menguburkannya seperti manusia dengan memberi kain kafan.
Rasuki menjelaskan selama 10 tahun memelihara lembu tersebut, tidak ada yang aneh yang ditemukan selama ini. 6 anak lembu sebelumnya lahir normal dan tidak ada yang pelik. “Baru kali ini terlihat aneh dan saya terkejut,” ungkapnya.
Sebelum anak lembu in lahir, Rasuki mengaku bermimpi pelik. “Ternyata, lembu saya lahir mirip manusia. Ini akan mendatangkan rezeki baik,” jelas Rasuki.
Melayukini.net - Kejadian seumpama ini amat jarang sekali kita dengar sama jugalah pemilik lembu pelik tersebut. Sebagai seorang pengembala lembu, inilah kali pertama dia bertemu dengan peristiwa pelik ini. Ia tanda kebesaran Allah SWT. Cuma kita jangan terlalu taksub sehingga boleh menjejaskan akidah kita.


GAMBAR EKSKLUSIF RUMAH NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN KHADIJAH DI MEKAH

Gambar Eksklusif Rumah Nabi Muhammad SAW dan Khadijah di Mekah | Nabi Muhammad SAW ialah manusia yang paling mulia dan paling berpengaruh sepanjang zaman. Baginda hidup di tengah-tengah masyarakat negeri Arab ketika itu dengan penuh kesederhanaan. Baginda yang berakhlak mulia dan tidak pernah letih membimbing umat agama Islam ini hidup bersama isteri tercintanya Khadijah r.ha di rumah yang sederhana. Di bawah merupakan gambar eksklusif rumah Nabi Muhammad SAW dan isterinya Siti Khadijah di Mekah sebelum Nabi berhijrah ke Madinah.


Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.

Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah r.ha yang dilihat lebih dekat.

Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah r.ha

Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah r.ha, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.

Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha

Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah r.ha (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut.



HADIS NABI TENTANG KETINGGIAN NABI ADAM

Heboh di Internet tentang ketinggian Nabi Adam AS berbanding dengan ketinggian manusia zaman sekarang. Apakah hadis yang mengesahkannya


Hadis Nabi Tentang Ketinggian Nabi Adam | Heboh di Internet tentang jubah Nabi Adam AS dipaparkan kepada umum. Untuk makluman, baju tersebut hanyalah sebuah replika yang dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Sekadar untuk melihat setinggi manakah rupa bentuk (saiz) Nabi Adam as. Tempoh menjahitnya selama 18 hari. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter. Apakah benar tinggi dan besarnya Nabi Adam sedemikian? Wallahualam. Hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi berdasarkan hadis nabi di bawah, kita akan dapat bayangkan juga setinggi mana Nabi Adam AS.

Hadis Nabi Tentang Ketinggian Nabi Adam

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda “Allah menciptakan Adam dalam bentuknya setinggi enam puluh hasta.Setelah menciptakannya, Allah berkata: Pergilah dan ucapkanlah salam kepada kelompok itu, yaitu beberapa malaikat yang sedang duduk, dan dengarkanlah apakah jawapan mereka kerana itulah ucapan selamat untukmu dan keturunanmu. Maka Adam pergi menghampiri lalu mengucapkan: “Semoga keselamatan bersama kalian”. Mereka menjawab: “Semoga keselamatan dan rahmat Allah bersama kalian”. Mereka menambahkan “rahmat Allah”. Maka setiap orang yang memasuki syurga itu seperti bentuk Adam yang tingginya enam puluh hasta. Seluruh makhluk setelah Adam terus berkurang tingginya sampai sekarang.” Hadis riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya di syurga itu ada sebuah pohon (sangat besar dan rendang) sehinggakan seseorang mengelilinginya, maka masa 100 tahun, belum cukup baginya.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim


RINDU NABI MUHAMMAD S.A.W. TERHADAP KITA

Jika Rasulullah SAW mengingati kita (umatnya), adakah kita sebagainya umatnya mengingati baginda? Hayatilah pengorbanan baginda yang bersusah payah berdakwah kepada kita sehinggalah Islam berkembang sehingga hari ini.

Merindu Baginda Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) | Bersempena dengan Maulidur Rasul iaitu saat kelahiran junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW, Melayukini.net ingin mengajak anda terutamanya yang beragamaIslam agar sama-sama kita menghayati pengorbanan yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan. Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
“Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, “Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: ”Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah.
“Malaikat,” jawab sahabat.
“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.”
“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”
“Mungkin kami,” celah seorang sahabat.
“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau,” pintasRasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.
“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Melayukini.net - Memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah sebagai usaha untuk memperbaharui komitmen kita kepada mempelajari contoh amali kepada Islam, iaitu sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan baginda. RasulullahSAW pun ingat pada kita, adakah kita ingat pada Rasulullah SAW?